|
|
|
©Copyright 2008 - Pertubuhan Seni Silat Randai Minang Selangor & W.Persekutuan
|
|
 |

Setiap silat mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Begitu juga dengan silat Randai Minang selain berpencak, ia mempunyai Randai Linkungan iaitu gerak bunga yang disusuli dengan lagu puisi dalam bahasa Minang yang mengisahkan kehidupan masyarakat kaum Minang. Untuk Randai Lingkungan ini, melibatkan lebih kurang seramai 8 orang ke 20 orang dan ia dinyanyikan secara solo dan disambut secara beramai. Di dalam permainan Randai Lingkungan ini juga terdapat permainan pemedanan (berpencak) iaitu Silat Berdua dan Silat Berempat. Silat Berdua ini adalah permainan pencak berpasangan (2 orang pesilat) manakala Silat Berempat pula, adalah permainan pencak secara berkumpulan (4 orang pesilat). Permainan Pemedanan ini adalah merupakan permainan buah pukulan yang disusun gerak buahnya menjadi gerak bunga tari yang unik.
Selain Randai Lingkungan, terdapat juga Tarian Endang dan Tarian Piring.Tarian Endang ini merupakan gerak tari yang di lakukan dalam keadaan duduk dan secara berkumpulan seramai
7– 14 orang. Manakala Tarian Piring pula, merupakan gerak tari yang memerlukan kemahiran dan kecekapan menggunakan piring. Walaupun silat randai lebih ke arah silat tari tetapi ia masih mengekalkan bunga silat.
Silat Randai Minang juga, mempunyai muzik tradisional tersendiri iaitu muzik Cak Lempong yang merupakan muzik rasmi yang mengiringi permainan Randai Lingkungan. Selain itu, ia juga boleh dimainkan secara berarak untuk menyambut kedatangan tetamu-tetamu kehormat untuk majlis-majlis rasmi mahupun majlis perkahwinan. Muzik ini melibatkan 5 orang dan ia terdiri dari 2 buah gendang silat yang dimainkan 2 orang, gong yang dimainkan 1 orang dan Cak Lempong yang mainkan 2 orang pemuzik. |
|
 |
|
|
|
|
PERTANDINGAN SUKMA XII TERENGGANU 2008
PENCAK SILAT
Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak
2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|