
Lambang RANDAI diperbuat seperti berikut (lihat lambang diatas):-
a) Satu bulatan yang terletak luar lambang ini berwarna putih. Di dalam bulatan ini dikelilingi dengan perkataan ‘PERTUBUHAN SENI SILAT RANDAI MINANG SELANGOR DAN WILAYAH PERSEKUTUAN’ yang berwarna hitam.
b) Dibahagian dalam bulatan yang berwarna putih, ada satu lagi bulatan penuh yang berwarna hitam. Didalam bulatan ini terdapat sebuah rumah yang dipanggil ‘RUMAH GADANG’ (rumah adat) berwarna merah ditepi dan putih dibahagian dalam rumah. Terdapat juga perkataan ‘RANDAI’ diatas rumah gadang tersebut yang berwarna putih.
Tafsir Lambang:-
a) Bulatan suku dan bulatan penuh
i) Ia melambangkan persepakatan dan sebulat suara dalam semua perkara.
b) Sebuah Rumah Gadang (Rumah Adat)
i) Ia adalah lambang kebanggaan suku kaum Minang yang menjadi pusat seni, adat istiadat orang minang disamping menjalankan aktiviti keagamaan.
ii) Ia juga menjadi sumber inspirasi bagi pencetus warisan seni.
Tafsir Warna:-
a) Merah : Keberanian dan gagah perkasa
b) Hitam : Semangat kepahlawanan
c) Putih : Kesucian dan kebersihan dalam rohani & jasmani
Tafsir Randai:-
a) Istilah perkataan RANDAI ini terdiri daripada 7 perkara iaitu :
1) Balabek : Lingkaran randai atau anak randai yang membentuk lingkungan (bulatan).
2) Balabek Kata : Kata-kata pendahuluan randai yang menggunakan bahasa Minang.
3) Cak Lempong Pacik : Muzik wajib yang mengiringi randai.
4) Gore : Sebutan yang mengiringi tepukan (arahan yang diberikan oleh seseorang ketua randai - ap,ta,asta).
5) Gurindam : Nyanyian randai yang berasal dari puisi rakyat yang menggunakan bahasa Minang.
6) Sambah Sirih : Acara memohon memulakan persembahan dengan sirih junjung dipersembahkan.
7) Sikap Duduk : Cara duduk dalam lingkungan (bulatan)