Sejarah Randai
Sesuai dengan kepercayaan turun-temurun, Seni Silat Randai Minang mempunyai sejarah untuk di pelihara keaslian dan motif sebenar kebangkitan Seni Silat Randai Minang ini. Ceritanya bermula dari seorang pendekar yang berasal dari pagaruyong di Batu Sangkar iaitu tempat raja-raja berdaulat, lalu diangkat menjadi Sultan Maharaja Mangku Jati.
 
Ditakdirkan kemarahan sultan dibangkitkan angkara fitnah dan aniaya mereka kepada isteri dan anak-anaknya. Lantaran api amuk yang menyala, sultan tersebut telah menjadi harimau jadian. Habis diganggunya penduduk-penduduk kampung. Keadaan menjadi huru-hara dan penduduk kampung berusaha untuk menghalau harimau tersebut, namun semuanya menemui jalan buntu sehinggalah terpaksa diadakan perhimpunan khas raja-raja bagi menangani masalah ini.
 

 
Lalu, Sultan Maharaja Mangku Alam mencadangkan supaya membuat lingkaran (bulatan) yang mengeliling harimau jadian tersebut sambil berzikir kerana latarbelakang Sultan Maharaja Jati (harimau jadian tersebut) amat gemar kepada persembahan randai dan asyik di dalam jiwanya bila adanya randai. Dengan itu, tindakan telah dilakukan dan hasilnya memang benarlah randai dapat melemahkan serta melembutkan harimau jadian tersebut. Maka, kembali pulihlah Sultan Maharaja Mangku jati kepada fitrahnya iaitu manusia.
 
Peristiwa itu, menceritakan Sultan Maharaja Baginda Maralam adalah sebagai ‘Pengasas Randai’. Pada tahun 1829 Seni Silat Randai telah dikembangkan di Tanah Melayu di Sungai Cincin (di Gombak) oleh Ungku Maharaja Sultan Jati.
Waktu
 
AKTIVITI
 
PERTANDINGAN SUKMA XII TERENGGANU 2008
PENCAK SILAT
Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak 2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
Pengumuman Aktiviti
 
 
PENCAK SILAT Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak 2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
 
 
Today, there have been 2 visitors (5 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free