Pencapaian 1999

 

Walaupun usia pertubuhan ini baru setahun jagung, namun usaha untuk mengetengahkan bakat para pesilatnya ternyata berhasil apabila berjaya memenangi pertandingan silat peringkat Daerah sehingga ke peringkat Kebangsaan. 

  • Kejuaraan Silat peringkat Daerah Petaling (15-16/05/1999) Randai Minang telah berjaya memenangi 6 pingat Emas dan 10 pingat Perak dalam kategori Silat Seni dan Silat Olahraga
  • Kejuaraan Silat Seni peringkat Sekolah-Sekolah Negeri Selangor, Solo Puteri Randai Minang (saudari Normasni Bt. Mohd. Nordin) yang mewakili Daerah Petaling telah merangkul pingat Emas dalam kejuaran tersebut.
  • Kejuaraan Silat peringkat Negeri Selangor pula, Randai Minang telah berjaya memenangi 2 pingat Emas dalam kategori Silat Seni Kebangsaan - Solo Puteri dan Silat Olahraga - Remaja .
  • Pada 7/8/1999, Randai Minang telah dijemput utk membuat persembahan Silat di Kota Francais (Plaza Alam Central) Shah Alam, Selangor D.E.
  • Kejuaraan Silat Remaja peringkat kebangsaan yang diadakan di Kuantan, Pahang, Seorang pesilat Randai Minang iaitu saudari Zarah Ariffin Al-Khadri telah mengharumkan nama Negeri Selangor dengan memenangi pingat Emas dalam kategori Silat Olahraga kelas E puteri dan beliau akan mewakili Negara dalam Kejuaraan Silat Remaja peringkat Dunia.
  • Dikejohanan Sukan Selangor (Sukses ke-3 pada 5-11/09/1999), Kuala Selangor, 2 orang pesilat Randai Minang telah berjaya memenangi 2 pingat Emas dalam kategori masing-masing iaitu Silat Seni-solo puteri saudari Normasni bt. Mohd. Nordin dan Silat Olahraga kelas C putera saudara Dennie Yudie Darmawan b. Samsuardi.

Waktu
 
AKTIVITI
 
PERTANDINGAN SUKMA XII TERENGGANU 2008
PENCAK SILAT
Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak 2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
Pengumuman Aktiviti
 
 
PENCAK SILAT Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak 2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
 
 
Today, there have been 3 visitors (16 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free