|
|
|
©Copyright 2008 - Pertubuhan Seni Silat Randai Minang Selangor & W.Persekutuan
|
|
 |
- Bulan Jan 2003, RANDAI terlibat beberapa persembahan antara di Majlis Rumah Terbuka UMNO W.P. di Pasar Rakyat Bkt. Bintang (4/01/03).
- Awal-awal tahun lagi semua pesilat2 RANDAI giat berlatih bagi mempersiapkan diri untuk ke kejuaraan-kejuaran Silat Terbuka. Kejuaraan seperti ini diperlukan oleh pesilat kita bagi mematangkan kemahiran bersilat disamping memanaskan badan bagi persediaan ke Kejuaraan Silat peringkat Negeri. Justeru itu, pesilat kita telah menyertai beberapa Kejuaraan peringkat IPTA & IPTS.
- Pada bulan Januari, Universiti Malaya telah menganjurkan Kejuaran Silat peringkat IPTA & IPTS (3-5/01/03)dan sebagai batu loncatan pesilat kita telah mewakili UM, UiA dan Kolej Telekom. Keputusannya saudara Azlan (silat Olahraga) wakili UM mendapat pingat emas dan mendapat anugerah Pesilat Terbaik, saudari Zarah (silat Olahraga) wakili UiA mendapat pingat emas, saudara Habizan (silat seni-solo putra) wakili Kolej Telekom mendapat pingat emas, saudari Normasni (silat seni-solo putri) wakili Kolej Telekom mendapat pingat perak dan saudara Denni (silat Olahraga) wakili Kolej Telekom mendapat pingat gangsa.
- 26/01/03- RANDAI terlibat persembahan perkahwinan di taman meda
- UPM,Serdang (bulan Mac)- seorang pesilat kita menyertai kejuaraan tersebut dan mendapat pingat perak saudara Azlan (silat Olahraga) wakili UM.
- Seterusnya pesilat-pesilat kita telah menyertai Kejuaraan Silat yg dianjurkan oleh IPTA & IPTS antaranya :
UKM,Bangi (bulan februari) |
2 pesilat kita mendapat emas iaitu saudara Azlan (silat Olahraga) wakili UM dan saudari Normasni (silat seni Solo putri) wakili UiTM. |
1/02/03 |
RANDAI terlibat persembahan perkahwinan ahli RANDAI saudara Joomazlan |
9/02/03 |
RANDAI terlibat persembahan perkahwinan anak lelaki makcik Limah. |
- UPM,Serdang (bulan Mac)- seorang pesilat kita menyertai kejuaraan tersebut dan mendapat pingat perak saudara Azlan (silat Olahraga) wakili UM.
2/03/03 |
RANDAI terlibat persembahan perkahwinan anak lelaki makcik Ramlah Dikir.
|
- KUTTHO,Bt pahar Johor (bulan April)- seorang pesilat kita menyertai Kejuaraan tersebut dan mendapat pingat perak saudara Azlan (silat Olahraga) wakili UM.
- Bulan Mei pula, seorang jurulatih RANDAI iaitu saudara Habizan Othman telah diberi mandat oleh Pengurus Pasukan Sepang utk membawa Team Silat Sepang ke Sukan Selangor ke-5 (SUKSES), Shah Alam. Dan 3 orang pesilat kita telah menyertai sukan tersebut bg mewakil Daerah Sepang. Keputusannya, seorang dari 3 org pesilat tersebut telah berjaya merangkul pingat emas dalam acara silat olahraga kelas D putri iaitu saudari Siti Norhalijah bt Hamid. Dan kejayaan beliau (Siti Norhalijah Hamid) telah melayakkan Team Silat Sepang mendapat pingat emas yang terbanyak dengan 5 emas dan 1 gangsa dan mengalahkan Daerah Gombak dengan 4 pingat emas dan beberapa pingat yang lain. Pesilat RANDAI yg berjaya tersebut akan dipanggil masuk ke Kem Latihan Negeri Selangor utk menjalani latihan dan disitulah pemilihan terakhir akan dibuat utk pesilat yg akan mewakili Negeri Selangor ke Sukan Malaysia (SUKMA) di Negeri Sembilan 2004.
- Bulan Jun, PESAKA KL telah menganjurkan Kursus Jurus Tunggal dan Wajib yang diadakan pada 12,13 & 19,20/06/03 dan akan diperkenalkan dalam setiap pertandingan2 silat. Oleh hal yang demikian, Ahli Gabungan PESAKA KL di wajibkan menghantar peserta.. Justeru itu, RANDAI telah menghantar 2 org peserta utk mengikuti kursus tersebut (Saudara Zahir & Habizan). Dan salah seorang drpdnya adalah pembantu Fasilitor kursus terbabit iaitu saudara Habizan kerana beliau telah dipilih oleh PESAKA KL utk mewakili KUALA LUMPUR utk mengikuti kursus tersebut diperingkat Kebangsaan yang telah diadakan pada tahun lepas.
- Universiti Malaya telah memilih saudara HABIZAN OTHMAN sebagai ketua jurulatih bg melatih dan penyediaan pesilat UM utk kejuaraan silat peringkat IPTA & IPTS (intervasiti) dimana UM adalah penganjurnya.
-
Bulan Julai 24-27/07/03, universiti Malaya telah menganjurkan kejuaraan silat peringkat IPTA & IPTS. Sebagai memanaskan bandan, pesilat kita telah mewakili UM & UiTM. Keputusannya saudara Dennie (silat Olahraga) mendapat pingat Gangsa, saudari Siti Norhalijah pingat Perak, saudara Habizan (silat seni-Jurus Baku Tunggal) mendapat pingat Emas dan saudara Safarudin mendapat pingat Gangsa manakala saudari Normasni yg mewakili Uitm, Shah Alam (silet seni-berpasangan) mendapat pingat Emas.
- Pada 5-12/08/03, Pesaka KL telah menganjurkan Kejuaraan Silat Jemputan 2003 yang disertai oleh ahli gabungan dan bukan ahli gabungan (pesilat amatur & profesional) termasuk Singapura sebagai jemputan. RANDAI telah menghantar pesilat dlm beberapa peringkat iaitu dlm peringkat kebangsaan RANDAI telah menghantar 8 org pesilat (7 org utk silat olahraga dan 1 org utk silat seni-solo puteri) keputusannya, 3 emas dan 1 gangsa.Bagi peringkat SUKMA, RANDAI telah menghantar 8 org pesilat (7 org utk silat olahraga dan 1 org utk silat seni-solo putera) keputusannya, 2 emas 1 perak dan 3 gangsa.Manakala peringkat Panglima Hijau, RANDAI telahmenghantar 1 org pesilat utk solo putra, keputusannya pesilat tersebut gagal mendapat sebarang pingat. Keseluruhan pingat yang diperolehi daripada 17 penyertaan RANDAI dalam kejuaraan silat tersebut ialah 5 pingat EMAS 1 pingat PERAK dan 4 pingat GANGSA (10 pingat).
- Bulan September, pesilat-pesilat RANDAI yg telah melayakkan diri utk mewakili KL dlm ke Kejuaraan Silat peringkat Kebangsaan ke-13 dan SUKMA, N.Sembilan 2004 dikehendaki melapor diri bagimenjalani latihan pusat sehingga tahun depan (2004) di Bandar Tun Razak, Cheras.
- Pada 25/10/2003, Persatuan Minang Malaysia telah menjemput RANDAI utk membuat persembahan di Majlis Perasmian Perjumpaan Masyarakat Minang di Dewan Sulaiman Kg. Bahru.
- Bulan November, RANDAI tiada aktiviti yang dijalankan sepanjang bulan ini kerana menyempurnakan bulan Ramadhan dan menyambut Hari Raya Aidilfitri tetapi bagi pesilat RANDAI yang telah terpilih mewakili KL sedang giat menjalani latihan pusat di Bandar Tun Razak,Cheras.
|
|
 |
|
|
|
|
PERTANDINGAN SUKMA XII TERENGGANU 2008
PENCAK SILAT
Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak
2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|