|
|
|
©Copyright 2008 - Pertubuhan Seni Silat Randai Minang Selangor & W.Persekutuan
|
|
 |
- Pembuka tirai alaf baru, sekali lagi Randai Minang telah diberi peluang oleh pihak penganjur Sukan Motor Grand Prix di Litar Sepang pada 2/4/2000 untuk membuat persembahan perasmian Grand Prix tersebut yang dirasmikan oleh Perdana Menteri .
- Kejuaraan Silat Remaja Dunia di Hanoi, Vietnam pada 19-28/08/2000, seorang pesilat Randai Minang iaitu saudari Zarah Ariffin Al-Khadri telah mewakili Negara di kejuaraan tersebut dalam kategori Silat Olahraga kelas E puteri.
- Kejuaraan Silat peringkat Kebangsaan pada 1-8/9/200 yang diadakan di Stadium Badminton Cheras, 2 orang pesilat Randai Minang iaitu saudari Normasni bt Mohd. Nordin (mewakili Negeri Selangor) dan saudara Habizan Othman (mewakili Kuala Lumpur) telah menyertai kejuaaran tersebut dalam kategori Silat Seni –solo puteri dan putera.
- Selain itu, Randai Minang juga telah menyertai pertandingan silat Olahraga dan Seni Terbuka anjuran Universiti Islam Antarabangsa, Gombak sempena Program Rakan Muda Sektor IPT, Karnival Rakan Wajadiri. Dalam pertandingan tersebut, Pertubuhan Seni Silat Randai Minang telah menjadi Juara Kesuluruhan dengan 8 pingat Emas dan 3 pingat Perak. Pingat-pingat tersebut telah dikutip dari kategori Silat Seni–Solo putera dan puteri 2 pingat Emas dan kategori Silat Olahraga 6 pingat Emas, 3 pingat Perak.
- Sebelum menutup tirai alaf baru 2000, Randai Minang sekali lagi telah memasuki ke Kejohanan Silat Olahraga peringkat IPT anjuran Universiti Malaya sebagai Silat Jemputan pada 23-25/11/2000. Dalam kejohanan ini, Randai Minang telah berjaya menjadi JUARA KESELURUHAN dengan 6 pingat Emas 2 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa.
|
|
 |
|
|
|
|
PERTANDINGAN SUKMA XII TERENGGANU 2008
PENCAK SILAT
Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak
2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
|
|
|
|
|
 |
|
|
|
|