Pencapaian 2001
  • Pada 19-20/05/2001 Pesaka Daerah Petaling telah menganjurkan Kejuaraan Silat peringkat Remaja dan Sukses (Sukma). Randai Minang telah sertai kejuaraan itu dan mendapat 2 pingat Emas 2 pingat Perak. Bagi peringkat Remaja mendapat 1 pingat Emas 1 pingat perak yang dikutip dari kategori Silat Seni-solo putera dan Silat Olahraga kelas A putera. Manakala peringkat Sukses (Sukma) mendapat 1 pingat Emas 1 pingat perak yang dikutip dari kategori Silat Seni - tempur puteri dan Silat Olahraga kelas A putera.
  • Perasmian Sukan Selangor, Gombak (sukses ke-4) yang diadakan pada 23/06/2001 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang,Gombak, Randai Minang telah diberi mandat oleh pihak urusetia perasmian dan penutup sukan tersebut untuk membuat persembahan MENJUNJUNG DULI Kebawah Duli Tuanku Pemangku Raja Selangor DYMM Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj yang merasmikan Sukan tersebut.
  • Dikejohanan Sukan Selangor ini, 2 orang pesilat Randai Minang telah menyertai kejohanan ini. Seorang daripadanya pesilat putera dari kategori Silat Olahraga telah mewakili Daerah Petaling dan seorang lagi pesilat puteri dari kategori Silat Seni-solo puteri telah mewakili Daerah Sepang dan pesilat ini berjaya menduduki tempat kedua dengan mendapat pingat Perak.
Waktu
 
AKTIVITI
 
PERTANDINGAN SUKMA XII TERENGGANU 2008
PENCAK SILAT
Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak 2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
Pengumuman Aktiviti
 
 
PENCAK SILAT Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak 2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
 
 
Today, there have been 2 visitors (9 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free