Pencapaian 2007

Bulan Februari, Randai telah menyertai Kejuaraan Pencak Silat peringkat Remaja bagi Kuala Lumpur. Keputusannya, 2 orang pesilat Randai iaitu saudara Darmawan Yanto dan saudari Intan Mariana Jailani masing-masing dalam acara Jurus Tunggal Putra dan Putri, telah berjaya mendapat pingat Emas.

 
Kejohanan Pencak Silat Olahraga & Seni Berpasukan Terbuka anjuraran Pertubuhan Seni Silat Gayong Malaysia, di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur pada 6hb – 8hb April 2007. Randai mendapat Naib Johan Keseluruhan dalam kejohanan ini.
 
Kejuaraan Pencak Silat Sekolah-sekolah Daerah Gombak, pada 26hb – 28hb Mei 2007. Ahli-ahli Randai yang mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Sg Kertas, Gombak telah berjaya merangkul 1 pingat Emas 2 pingat Gangsa.
 
Saudara Habizan Othman telah dilantik menjadi Jurulatih Pasukan Universiti Islam Antarabangsa (UiA,Gombak) untuk Sukan Universiti-universiti Malaysia (MASUM, P.Pinang) pada 28/5 – 6/6/07. Dikejohanan tersebut, pertama kalinya uia membawa pingat emas dengan pungutan pingat 2 emas 4 perak 3 gangsa dalam kategori silat olahraga dan silat seni.
 
Saudara Habizan Othman telah dilantik menjadi Jurulatih Pasukan Kuala Lumpur dalam kejohanan Sukan Wanita peringkat Kebangsaan pada 1-8/6/07 – keputusannya 3 perak 5 gangsa.

Kejohanan Sukan Wilayah (SWIP),Putrajaya di International Convention Centre (PICC) pada 8hb – 12hb Jun 2007 randai berjaya mendapat 2 perak 2 gangsa
 
Kejohan Sukan Selangor Sukses –randai berjaya mendapat 2 pingat emas 1 pingat perak.
 
Kursus Peningkatan Taraf Kategori Jurus Tunggal Pengiktirafan Persekutuan Silat Antarabangsa (PERSILAT) pada 9hb – 14hb September 2007. Salah seorang jurulatih RANDAI iaitu saudara Habizan Othman telah terpilih oleh PESAKA MALAYSIA untuk mewakili NEGARA dalam kursus tersebut dan beliau telah berjaya mendapat Anugerah Peraga Terbaik dan menjadi Pemegang Amanah Jurus ini untuk diselaraskan pergerakkan jurus ini dimalaysia.
 
Kejohanan Pencak Silat IPTA anjuran Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (Perwira 2) – keputusannya Randai mendapat 4 pingat emas 5 pingat perak dan 3 pingat gangsa.
Waktu
 
AKTIVITI
 
PERTANDINGAN SUKMA XII TERENGGANU 2008
PENCAK SILAT
Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak 2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
Pengumuman Aktiviti
 
 
PENCAK SILAT Gerbang Sukan Negeri Terengganu, Gong Badak 2 Jun 2008 - 8 Jun 2008
 
 
Today, there have been 3 visitors (20 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free